Harimau Malaya Sah Ke Final Piala AFF Suzuki 2018
1 min read
Tuah menyebelahi pasukan Harimau Malaya selepas berjaya melangkah ke final Piala AFF Suzuki 2018.
Pada saingan aksi kedua separuh akhir kedua yang berlangsung di Bangkok, Thailand sebentar tadi, Malaysia menang selepas Thailand gagal menyempurnakan sepakan penalti.
Malaysia dengan Thailand terikat keputusan 2-2 dalam perlawanan yang cukup dramatik. Bagaimanapun, Malaysia menang mengikut peraturan gol di tempat lawan.
Gol pasukan Thailand diperolehi menerusi jaringan gol sendiri, Irfan Zakaria pada minit 21′ dan pemain mereka, Pansa Hemviboon 63′.
Pasukan Harimau Malaya pula berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Syahmi Safari pada minit 28′ dan Norshahrul Idlan Talaha 71′.
– Kafebuzz.my
Foto: @FAM_Malaysia (Twitter)