Tengok Dulu Filem Saya Sebelum Bagi Komen! – Mawi Balas Kritikan Netizen Di Media Sosial

Bolehkah pengarah baru seperti Mawi mengarah sebuah filem yang menarik untuk ditonton ramai?

Persoalan itu dilontarkan netizen di media sosial meskipun tahu faktor filem yang suka ditonton atau laku sehingga pecah panggung adalah suatu yang subjektif untuk diperjelaskan.

Bagaimanapun, Mawi menyatakan dia percaya jika seseorang itu mempunyai minat mendalam untuk membuat sesuatu, Allah akan membuka jalan dan seterusnya mempermudahkan urusan.

246758CE-1797-4A74-92E2-B31BA59E5896

Meskipun Mawi mempunyai banyak pengalaman sebagai penyanyi, dia mengakui masih belajar daripada pengalaman orang lain untuk menjadi seorang pengarah.

“Tugas saya bukan fokus pada pengarahan semata-mata tapi semua kerja belakang tabir termasuk aspek kos, promosi dan produksi,” jelasnya kepada Kafebuzz.

5EC9D41E-8F02-418E-9735-D16BF7860E82

Menjawab soalan segelintir netizen yang tidak berpuas hati dengannya, Mawi yang muncul dengan Filem Belum Ada Tajuk kelihatan tenang sambil melihat setiap kejadian yang berlaku dari sudut positif.

“Perkara ini berkemungkinan berkait rapat dengan hati, ‘check’ hati kita balik.

“Kalau tak bersih akan wujud sifat dengki, nak jatuhkan orang yang menjadi¬†punca segalanya sehingga sakit hati tengok kejayaan orang lain. Saya ajak orang yang kecam saya agar tengok filem saya ini dulu selepas itu nak nilai-nilailah,” katanya.

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*