4 Kesan Utama Gajet Pada Anak-Anak Anda Patut Tahu
1 min read
Ramai ibu bapa tidak kisah anak mereka bermain dengan gajet seperti telefon pintar mahupun komputer tablet meskipun tahu kesannya cukup berbahaya.
Paling ketara, kesan terhadap kanak-kanak adalah pada mata yang menyebabkan gangguan pada penglihatan.
Apa yang membimbangkan, kanak-kanak seawal usia setahun sudah diberi kebebasan untuk bermain dengan telefon pintar.
Isu seperti ini mungkin dianggap klise sebab semua orang sedia maklum tapi persoalannya apakah langkah yang perlu diambil ibu bapa jika anak-anak mereka mengadu sakit mata.
Menerusi Intagram @pdrmsia_official berkongsi informasi penting daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai kesan penggunaan gajet ke atas mata kanak-kanak.
Apa yang diharapkan maklumat sebegini dapat diambil secara positif oleh ibu bapa agar lebih mengawasi anak-anak dengan aktiviti lain yang lebih bermanfaat untuk tumbesaran dan perkembangan otak mereka.
– Kafebuzz.my
Foto: webmd.com