Last Updated: 09/06/2018 - 6:07 PM

“Aku Akan Merindui Mu Sebagai Seorang Abang”- Ogy

Nama beliau cukup terkenal dalam industri perfileman tanah air.

Dalam kalangan peminat filem Melayu yang mengikut perkembangan filem tempatan di era 80-an, siapa yang tidak kenal dengan aktor Azmil Mustapha atau lebih popular dengan nama glamor, Ali Setan.

Nama yang cukup sinonim dalam filem arahan Allahyarham Tan Sri Dr Jins Shamsuddin itu turut melonjak populariti Fauziah Ahmad Daud atau Ogy yang melakonkan watak Asmidar.

Kini, segalanya tinggal kenangan apabila giliran Azmil pula menyahut panggilan Illahi. Beliau dilaporkan Utusan Online meninggal dunia ketika tidur di rumahnya di Seksyen 9, Shah Alam, Selangor kira-kira jam 1 petang tadi.

image

Pemergian Azmil pastinya suatu kehilangan besar pada bidang hiburan tempatan apatah lagi selepas beliau mengambil keputusan untuk tidak lagi aktif daripada lakonan.

Dua tahun lalu, Azmil pernah dilaporkan media berada dalam keadaan kritikal akibat masalah jantung dan menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

Selepas tidak lagi berlakon, Azmil pernah berhijrah ke Syria bersama empat anaknya untuk mendalami Islam.

Malah, pelakon berusia 66 tahun ini juga pernah menetap di Pattani, Thailand dan berhasrat membina sebuah sekolah agama tetapi ia tidak kesampaian.

image

Paling menarik apabila beliau berkongsi kisah bagaimana mendapat hidayah Allah sebaik menonton televisyen yang memaparkan bacaan ayat suci al-Quran di akhir rancangan selepas pulang ke rumah.

Kini nama Azmil mahupun Ali Setan hanya tinggal kenangan pada peminatnya. Paling merasai kehilangannya sudah tentu, Ogy sendiri yang berkongsi perasaannya menerusi status di media sosial, Instagram.

Katanya, dia menganggap Azmil seperti seorang sahabat dan merinduinya seperti seorang abang.

Alfatihah buat Allahyarham Hj Azmil Mustapha dan takziah buat keluarga beliau.

– Kafebuzz

(Foto: Berita Harian)

 

 

 

 

Leave a comment

Your email address will not be published.

*



スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino