Last Updated: 09/06/2018 - 6:07 PM

Tahniah Persatuan Karyawan Malaysia Kini Bersama Padu Citra FINAS!

Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) yang sebelum ini banyak membantu penggiat seni dari aspek kebajikan terus aktif memperjuangkan misi mereka tanpa noktah.

Perkembangan terbaru, KARYAWAN akhirnya berjaya mendapat pengiktirafan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) untuk menyertai program Padu Citra yang berkuatkuasa pada 1 November 2017.

Program Padu Citra yang dilaksanakan FINAS sebelum ini mensyaratkan semua penggiat filem yang terlibat dalam mana-mana produksi harus merupakan ahli kepada salah satu persatuan yang diiktiraf dibawah program tersebut.

Presiden KARYAWAN, Datuk Freddie Fernandez berkata, ramai penggiat filem menunggu keputusan ini dari FINAS sebelum mereka menyertai KARYAWAN secara rasmi.

“Sebelum ini mereka teragak-agak untuk menyertai KARYAWAN oleh kerana takut bahawa persatuan ini belum lagi diiktiraf secara rasmi dan ada kemungkinan FINAS akan tolak nama mereka untuk disenaraikan dalam Borang Sijil Pengesahan Produksi (SPP) yang dikeluarkan oleh FINAS. Jika ini berlaku ia akan menjejaskan produksi yang melibatkan mereka.

“Sekarang dengan kelulusan rasmi dari FINAS setiap penggiat filem yang menjadi ahli-ahli KARYAWAN termasuk pelakon, pengarah dan professional perfileman filem yang lain akan dibenarkan senaraikan nama mereka dalam Borang SPP dan tidak perlu ragu-ragu lagi bahawa nama dan keahlian mereka dalam Karyawan tidak diterima oleh pihak Finas,” katanya dalam satu kenyataan.

image

Jelasnya, KARYAWAN yang ditubuhkan pada tahun 2000 dan pada tahun 2001, Timbalan Menteri Penerangan pada masa itu, Datuk Khalid Yunos megumumkan KARYAWAN dimasukkan ke dalam program Padu Citra.

Namun, malangnya Peraturan Tambahan Padu Citra kepada Akta Finas tidak dipinda sehingga sekarang untuk mencerminkan keputusan Kementerian itu.

“Selepas beberapa tahun tanpa sebarang masalah, KARYAWAN difahamkan bahawa FINAS akan mula menguatkuasakan keahlian dalam persatuan yang disenaraikan dibawah Padu Citra. Jika ini berlaku sudah pasti keahlian dalam KARYAWAN akan ditolaK oleh kerana nama Persatuan Karyawan Malaysia tidak disenaraikan dalam Peraturan Padu Citra.

“Oleh yang demikian, KARYAWAN dengan lebih 2,000 ahli yang berkecimpung dalam industri perfileman telah memohon kepada FINAS supaya KARYAWAN dimasukkan ke dalam program Padu Citra. Akhirnya, pada Meysuarat Ahli Lembaga Pengarah FINAS pada 5 September lalu, FINAS telah meluluskan Persatuan Karyawan Malaysia sebagai salah satu persatuan yang diiktiraf di bawah program Padu Citra.

“Kami amat berterima kasih kepada Pengerusi dan ahli lembaga pengarah FINAS serta pihak pengurusan FINAS atas sokongan mereka terhadap permohon kami ini. Dengan adanya kelulusan ini kami berharap lebih ramai penggiat filem akan menyertai KARYAWAN dan memberi peluang kepada kami untuk menjaga hak dan kepentingan mereka,” katanya.

Majlis sidang akhbar untuk mengumumkan ini dihadiri Pengerusi FINAS, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib sebagai tetamu kehormat, pegawai-pegawai Finas, serta artis-artis Karyawan sebagai Pengerusinya Datuk Sarimah Ahmad, Timbalan Presiden, Radhi Khalid, Rozita Rohaizad, Ezany Nizariff, serta artis-artis dan penggiat filem yang lain dari industri perfileman tanahair.

– Kafebuzz.my

 

Leave a comment

Your email address will not be published.

*



スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino