Last Updated: 11/12/2017 - 11:33 PM

Pertemuan Dua Pengarah Tersohor, Bagaikan Langit Dengan Bumi

Kehebatan seorang pengarah itu dinilai dari aspek karya yang dihasilkan.

Ada karya yang laris di pawagam, ada juga filem yang kurang dapat sambutan tetapi menang banyak anugerah di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

Di sebalik isu filem tempatan berdepan dilema penonton, pertemuan antara dua pengarah filem ‘otai’ iaitu U-Wei Saari bersama Aziz M Osman menjadi suatu cerita yang menarik untuk dikongsi dengan peminat mereka.

Meskipun mereka berbeza ideologi daripada genre filem yang dihasilkan, kedua mereka saling mengagumi satu sama lain.

“Lama tak bersua & kebetulan bertemu pengarah seangkatan Aziz M Osman yang baru selesai pengambaran filem francisenya XX Ray 3. Pentingnya bukan banyaknya filem terbuat tetapi berapa lama maseh berada dalam bidang ini. Salam suksess ku utk Aziz & XX Ray barunya,” kata U-Wei menerusi statusnya di Facebook.

image

Nak tahu apa pula kata Aziz membalas komen U-Wei:

“Compliment seniman Uwei buat saya sebak. Saya dgn dia bagai langit dan bumi. Ironinya saya selalu buat cerita pasal ‘langit’ dan Uwei banyak sentuh soal ‘bumi’. Mmg kami seangkatan, tetapi Uwei telah jauh kedepan meninggalkan saya. Saya bangga kita punya filmaker seperti Uwei…”.

Secara ringkasnya, U-Wei berpandangan kewujudan seorang pengarah itu terus bertahan dalam industri lebih penting daripada jumlah filem yang dihasilkan manakala Aziz menggambarkan karya antara mereka seperti langit dengan bumi kerana pencapaian pengarah filem Hanyut itu sudah jauh ke hadapan.

Apapun, ramai peminat tak sabar nak tengok sekuel XX-Ray III terbaru kali ini. Teringat watak Hang Tuah dihidupkan semula yang sangat mengujakan ramai penonton ketika itu. Syabas buat Aziz & U-Wei.

image

– Kafebuzz.my

 

Leave a comment

Your email address will not be published.

*



スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino