Last Updated: 11/12/2017 - 11:33 PM

Banyak Dialog Agak ‘Corny’, Tidak Natural, Ala-Ala Cerekarama Menjelang Maghrib Tahun 1980-an

Sebuah naskhah yang ditayangkan di pawagam adalah suatu yang subjektif untuk ditafsirkan kepada penonton.

Sebagai penggiat seni, mereka melihat karya itu dari aspek teknikal seperti plot, lakon layar, lakonan dan penyampaian mesej kepada penonton. Begitu juga penonton, persepsi mereka adalah mahu rasa terhibur apabila menonton tidak kira apa genre sekalipun.

Bagaimanapun, filem tempatan yang masih ditayangkan di pawagam ketika ini iaitu Tombiruo: Penunggu Rimba yang khabarnya sudah meraih kutipan RM5 juta selepas 10 hari tayangan turut menerima pelbagai kritikan daripada penonton.

Ada yang teruja melihat tubuh sasa pelakon utamanya, Zul Ariffin sambil memakai topeng dan ada juga yang gemar filem adaptasi karya novelis terkenal, Ramlee Awang Murshid kerana plot penceritaannya.

Menerusi satu perkongsian penonton di medai sosial, filem ini juga dikritik dari aspek penyampaian cerita mengenai masyarakat Momogun Dusun yang menjadi latar sosiobudaya utama filem ini.

Terdapat 7 komen daripada penonton ini yang juga anak jati Sabah antaranya:

tombiruo2

“watak ‘Bobolian’ yang digambarkan seperti wanita tua, yang hidup sendiri jauh dari perkampungan. Malah, kadang-kadang kenampakan seperti tukang sihir yang menakutkan. Ini kegagalan paling ketara.”

“Paparan Aki Nabalu dalam filem itu dilihat dari sudut pandang yang sedikit ke arah barat laut (Tuaran). Sedangkan lokasi sebenar Keningau, relatif kepada kedudukan Gunung Kinabalu, adalah cenderung ke barat daya.”

“Selain khilaf faktual, saya juga kurang terbujuk dengan lakonan. Tidaklah buruk, tetapi secara keseluruhan terumbang-ambing pada paras sederhana. Yang saya rasa kuat, cuma watak bapa Tombiruo (Faizal Hussein) dan Wan Suraya si jurnalis gedik. Yang lain, semuanya kurang menyerlah.”

– Kafebuzz.my

(Foto: Astro Shaw)

 

Leave a comment

Your email address will not be published.

*



スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino