Last Updated: 11/12/2017 - 11:33 PM

Empat Sahabat Sama Datuk, Tahniah Datuk Afdlin Shauki!

Meskipun Festival Filem Malaysia Ke-29 (FFM29) sudah berakhir beberapa hari lalu tetapi ia masih menjadi bualan hangat.

Bukan soal pemenang tapi isu antara Zizan Razak terhadap Datuk Hans Isaac yang lebih diperbesarkan menerusi media sosial.

Ada yang kata tindakan Zizan itu tidak salah tetapi segelintir penggiat seni beranggapan ia suatu perbuatan yang biadap apatah lagi dalam sebuah majlis anugerah.

Banyak cara lain boleh dilakukan untuk mewujudkan suasana acara menjadi santai, meriah dan cetus gelak tawa tanpa jenaka tidak profesional sebegitu.

Lupakanlah saja isu itu lagipun ia sudah berlalu. Apapun, isu Datuk terus dipandang positif sebagai pengiktirafan pada anak seni yang menempa pelbagai kejayaan dan pencapaian dalam bidang seni.

Tarikh 26 September 2017, penggiat seni hiburan tanah air tumpang bangga apabila giliran pengarah filem terkenal yang juga pelakon dan produser televisyen berpengaruh, Afdlin Shauki diberi pengiktirafan dengan pangkat Datuk.

image

Berita gembira tersebut turut dikongsi rakan baiknya, Hans menerusi Facebook dan Afdlin juga menyatakan perasaan syukur atas anugerah tersebut.

Menariknya, gambar dalam status Hans menunjukkan empat sahabat ini kini mempunyai gelaran yang sama. Tahniah pada semua Datuk! Moga terus sukses dalam perjuangan seni masing-masing.

image

– Kafebuzz.my

(Foto: Afdlin Shauki – Facebook)

 

 

Leave a comment

Your email address will not be published.

*



スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino