Last Updated: 11/12/2017 - 11:33 PM

Giliran ‘Kau Yang Satu’ Jadi Mangsa, 170,000 Pengguna Media Sosial Ambil Kesempatan

Ramai penggiat seni sudah berasa muak dengan isu cetak rompak terhadap karya tempatan.

Sama ada muzik mahupun filem, sindiket yang mendalangi kegiatan haram ini tidak serik untuk menjalankan bisnes kotor ini untuk mengaut keuntungan dengan cara mudah.

Terbaru, nasib sama menimpa produser yang juga pengarah filem terkenal, Osman Ali apabila menyedari filem terbarunya, Kau Yang Satu, masih ditayangkan di pawagam dicetak rompak.

kauyangsatu

Menurutnya, kejadian tersebut dipercayai berlaku ketika ada pihak yang tidak bertanggungjawab bertindak merakam filem itu sebelum memuat naik di media sosial. Apa yang lebih menyedihkan adalah filem cetak rompak itu ditonton lebih 170,000 pengguna media sosial yang terdesak mahu menontonnya secara percuma.

Rakan-rakan pengarah itu memberi saranan agar Osman membuat laporan polis dan seterusnya mengajukan laporan sama kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut.

Nampaknya, pengaruh media sosial semakin kuat pada masyarakat dan paling menyedihkan segelintir pengguna tidak peduli soal hakcipta atau cetak rompak sebaliknya hanya mahu kepuasan dan kepentingan sendiri.

Mungkin pihak persatuan hiburan dapat membantu dalam mencari jalan penyelesaian terhadap isu cetak rompak di media sosial ini. Tindakan dan penguatkuasaan perlu berterusan sehingga ke akar umbi.

– Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.

*



スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino