Last Updated: 20/08/2017 - 4:51 PM

5 Komponen Penting Smart Home Cover – Allianz Produk Terbaik!

Syarikat insurans Allianz General (Malaysia) Berhad secara rasmi melancarkan Smart Home Cover, insurans rumah modular baru.

Menawarkan Empunya Rumah, Isi Rumah, Perlindungan Ansuran Pinjaman Perumahan, Pembaikan Rumah dan Insurans Pemilik Rumah, Smart Home Cover membolehkan pelanggan memilih insurans rumah mereka yang sesuai.

“Rumah anda adalah aset penting yang anda miliki, jadi mengapa hanya 2 juta rumah di Malaysia dilindungi insurans? Kos produk insurans yang tegar sentiasa menjadi faktor terbesar menghalang pelanggan daripada memiliki insurans rumah. Tetapi, dengan Smart Home Cover- tidak lagi, ” kata Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General dan Allianz Malaysia Berhad,  Zakri Khir pada pelancaran Smart Home Cover di Aloft Kuala Lumpur Sentral, Kuala Lumpur, hari ini.

Allianz

“Pelanggan kami sentiasa menjadi keutamaan kami. Oleh itu, kami meletakkan mereka sebagai fokus produk ini. Dengan insurans rumah yang fleksibel, senang disesuaikan dan berbaloi nilainya, saya yakin, ini adalah satu-satunya insurans rumah yang anda perlukan,” tambahnya..

Smart Home Cover merangkumi semua yang diperlukan oleh pemilik rumah dalam insurans rumah. Lima komponen yang akan menjawab setiap masalah rumah adalah:

1. Empunya Rumah

Meliputi bangunan kediaman terhadap kerosakan.

2. IsiRumah

Meliputi kandungan isi rumah.

3. Perlindungan Bayaran Ansuran Pinjaman Perumahan

Meliputi ansuran pinjaman bulanan sekiranya rumah itu dianggap tidak sesuai didiami buat sementara waktu disebabkan peristiwa yang diinsuranskan atau pemindahan oleh pihak berkuasa tempatan melebihi 72 jam atau orang yang diinsuranskan ditimpa kematian atau hilang upaya kekal sepenuhnya.

4. Pembaikan Rumah

Perlindungan ini termasuk pembayaran balik dalam membaiki paip pecah; perbaikan sementara pintu, kunci dan tingkap yang timbul akibat kecurian; elaun bantuan domestik dan apa-apa pembaikan rumah atau perkhidmatan yang diminta melalui rakan Allianz seperti ServisHero dan Recommend.my

5. Insurans Pemilik Rumah

Bantuan untuk tuan-tuan tanah, ini melindungi anda dari penyewa yang tidak jujur dan menyebabkan kerosakan di rumah atau melarikan diri. Yuran perundangan untuk mengeluarkan Surat Permintaan juga akan dilindungi oleh Allianz General.

Selain itu, ejen Allianz General juga boleh membantu pelanggan menentukan jumlah bangunan kediaman mereka berdasarkan asas nilai yang dipersetujui. Pelanggan yang tinggal di kawasan bukan banjir juga akan menikmati diskaun ke atas premium HouseOwner mereka.

Untuk membeli Smart Home Cover, kunjungi mana-mana cawangan Allianz General di seluruh negara atau hubungi ejen Allianz General. Maklumat lanjut mengenai Smart Home Cover, sila layari laman web Allianz; allianz.com.my.

– Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.

*



スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino