“Tak Ada Mahathir, Tak Ada Hewey, Penjara Sungai Buloh Pun Tak Ada!” – Pyanhabib
1 min read
Tarikh 10 Julai lalu adalah sambutan hari lahir mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) ke-92.
Sejak dua hari lalu sehingga hari ini, akaun rasmi Twitter, Dr Mahathir Mohamad @chedetofficial tidak putus-putus menerima ucapan hari lahir daripada orang ramai.
Paling menarik perhatian khalayak, status daripada penyair dan pelakon terkenal, Pyanhabib Rahman mengenai tokoh negarawan terkenal itu yang turut menghiburkan peminat selebriti itu.
Mungkin ramai yang bersetuju dengan kata-kata Phyanhabib dalam nombor 4 dan 5 status itu.
Gelagat Tun M bersama cucu meniup lilin bunga api di atas kek hari lahir juga mencuit hati ramai. Moga Malaysia terus maju dan rakyat hidup dalam harmoni.
– Kafebuzz.my
(Foto: Pyanhabib Rahman – Facebook, @chedetofficial – Twitter)