Last Updated: 06/08/2017 - 12:44 PM

Jom Beraya Bersama Minah Moto Di Pawagam

Sambutan Aidilfitri bagaikan tidak lengkap jika tanpa filem baru ditayangkan di pawagam.

Di kesempatan cuti panjang sebegini, ramai juga mengambil peluang untuk berhibur dengan menonton wayang.

Kali ini, sebuah lagi filem terbaru, Minah Moto arahan Ahmad Idham Ahmad Nadzri menemui penonton. Menampilkan pelakon remaja, Dayana Roza sebagai teraju utama, filem ini mula ditayangkan pada Aidilfitri sejak semalam dan ia dijangka menarik perhatian khalayak khusus kaki moto ke pawagam.

image

Barangkali ramai yang beranggapan formula Ahmad Idham yang mempunyai banyak pengalaman dalam penerbitan dan pengarahan filem sudah ketinggalan zaman apabila menghasilkan filem ini tetapi ada baiknya penonton tonton dulu sebelum menilai.

Ahmad Idham mengakui dia merima pelbagai kecaman ketika mula menghasilkan filem ini dulu yang disifatkan cuba menggambarkan adegan dan mesej negatif pada penonton.

image

Lazimnya, persepsi penonton adalah filem sebegini sekadar kisah gadis yang menjadi habuan mat rempit digelar bohsia yang melalui titik hitam dinoda kemudian berubah menjadi baik.

Itu kisah lama yang menjadi klise dalam kebanyakkan cerita seumpamanya. Namun, Ahmad Idham mengatakan dia mahu gambarkan karakter utama, Minah yang minat terhadap motosikal adalah seorang yang memberi impak positif pada masyarakat.

image

Menariknya, strategi Ahmad Idham mempromosikan filem ini tidak hanya tertumpu pada media arus perdana tapi menggunakan kumpulan media sosial di Facebook untuk tarik perhatian penonton khususnya peminat motosikal.

Menerusi kumpulan Serlahkan Kehebatan, ‘trailer’ filem ini dikongsi lebih 2 juta penonton yang menunjukkan mereka berminat menonton filem ini.

image

Pada peminat filem Melayu khusus genre aksi dan motosikal jangan lepaskan peluang menonton filem Minah Moto yang menjanjikan kelainan tidak seperti kisah mat rempit atau watak bohsia sebelum ini. Seperti mana tagline filem ini, minah moto bukan bohsia.

– Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.

*



スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino