Last Updated: 20/08/2017 - 4:51 PM

Hijabsta Ballet Diterima Mengikut Kajian Penonton

Faktor penonton tertarik pergi ke pawagam menonton sesebuah filem adalah suatu yang subjektif untuk diterjemahkan.

Ada penonton suka kerana plot yang difikirkan tidak klise, barisan pelakon yang menghidupkan penceritaan itu jadi menghiburkan, sentuhan seseorang pengarah yang terkenal dengan gaya lakon layar dan sinematografi mengasyikkan mahupun judul filem itu sendiri mampu memberi rangsangan pada penonton untuk tonton.

Sebuah filem baru, Hijabsta Ballet mungkin menjadi filem tempatan yang ditunggu peminat yang mahu sesuatu yang berbeza dalam filem Melayu.

image

Watak utama tak pernah berlakon

Pengarah filem ini, Syed Zul Tojo berkata, filem ini berani mempertaruhkan bakat baru yang tidak pernah berlakon, Puteh Maimun Zahrah sebagai pendukung watak utama dibantu tiga pelakon senior, Aman Graseka, Betty Banafe dan Aida Khalida.

Secara ringkas, plot mengisahkan gadis bernama Adele yang mendapat biasiswa melanjutkan pelajaran ke sebuah sekolah balet  terkenal di Russia. Namun, konflik dalam dirinya timbul apabila mengambil keputusan untuk berhijab.

image

Bagaimana keadaan Adele selepas itu menjadi fokus menarik pada penceritaan filem ini. Adele digambarkan berdepan situasi ibunya yang kecewa termasuk dia juga hilang kawan.

Syed Zul ketika ditemui pada majlis pelancaran filem ini di Kafe Skrin, Ulu Klang, Selangor baru-baru ini berkata, skrip filem ini mula di Kuala Lumpur sebelum dikemaskan di London dan ke Jakarta. Menariknya, sebelum filem ini menjengah pawagam, dia terlebih dulu melakukan kajian bersama 3,000 respondan terhadap filem ini.

image

Keputusan kajian itu membabitkan penonton Melayu, Cina, India dan antarabangsa menunjukkan majoriti memberi rating 7 – 10 bersetuju model penceritaan filem ini termasuk menampilkan pelakon baru sebagai watak utama.

Sungguhpun, respons awal respondan ini memberikan isyarat positif terhadap jangkaan filem ini, ia masih bergantung pada penonton untuk menyokong dengan menontonnya di pawagam bermula 3 Ogos nanti.

image

– Kafebuzz.my

 

Leave a comment

Your email address will not be published.

*



スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino