Last Updated: 19/10/2017 - 7:14 PM

Jangan Lagi Aksi Penampar, Peluang Dialog Bersama Mufti Wilayah Persekutuan

Masa depan industri hiburan tanah air sepatutnya lebih hanya kisah peribadi dan gosip artis dikongsi bersama peminat dan masyarakat.

Program dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) antara platform terbaik untuk golongan selebriti meluahkan pandangan, idea dan cadangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini.

Malangnya, insiden penampar Mat Over terhadap David Teo lebih menarik perhatian media sehingga agenda utama yang dibincangkan tidak dilaporkan pada khalayak.

Lupakan kisah penampar, sempena Ramadan kali ini apa kata golongan artis mengambil kesempatan meluangkan masa berbuka bersama Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada 20 Jun ini.

image

Majlis anjuran pejabat mufti ini mengajak semua selebriti tidak kira pelakon, penyanyi, pemuzik, pengacara, pengarah, penulis skrip mahupun kru belakang tabir turut serta dalam acara istimewa ini.

Pada acara yang dikenali Liqa’ Mahabbah ini akan diadakan di Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi, selebriti juga diberi peluang untuk berdialog bersama mufti. Pastinya, ini menjadi plattform terbaik untuk artis bertanya soalan dan bukannya aksi tampar.

– Kafebuzz.my

 

 

Leave a comment

Your email address will not be published.

*



スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino