Last Updated: 11/12/2017 - 11:33 PM

Ratu Rock Jessie Chung Tawan Taiwan

Artis tempatan yang mencipta kejayaan di luar negara menjadi pencapaian menarik untuk dikongsi bersama peminat di negara ini. Begitu juga, kisah kejayaan yang dikecapi penyanyi Jessie Chung yang kini semakin popular di Taiwan.

Bayangkan dalam tempoh dua minggu melakukan aktiviti promosi di sana, penyanyi yang digelar Ratu Rock ini berjaya mencuri perhatian peminat yang memberi sokongan pada kerjaya seninya.

Album terbarunya, ‘Be Strong’ meraih jualan yang memberangsangkan di pasaran muzik di sana dan lebih membanggakan, single yang menggunakan judul albumnya itu turut mengungguli carta radio antarabangsa, Five Music’s International Chart dan i Radio.

image

Pencapaian ini membuktikan peminat dan pihak media di sana bersikap positif dalam memberi sokongan padanya di sana.

Bagi Jessie, dia tidak menyangka album terbitan di bawah label produser Australia ini menembusi pasaran di Taiwan dan meraih sambutan menggalakkan.

Dia berpandangan peminat muzik di Taiwan menyukai lagu ‘Be Strong’ kerana ia membawa tenaga positif sehingga menjadi lagu hits yang dimainkan deejay radio di sana.

Merakam kejayaan di raih di luar negara, Jessie kembali ke tanah air dan berkesempatan meraikan kejayaan bersama peminat tempatan di Shah Alam, Selangor, semalam.

image

Pada majlis itu yang dianjurkan Future Entertainment & Music Group Australia, Jessie meraih anugerah platinum atas kejayaan jualan album secara fizikal melebihi 15,000 unit dalam tempoh tiga bulan.

Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) yang juga Pengarah Urusan, Warner Music Malaysia dan Singapura, Darren Choy yang turut hadir pada majlis sambutan itu menyatakan kejayaan yang diraih Jessie ini adalah suatu yang membanggakan.

Katanya, album terdahulu Jessie iaitu ‘There You Are’ sudah mencatat pencapaian yang sangat membanggakan sebelum ini tetapi album ‘Be Strong’ lebih memberangsangkan selepas berjaya mengungguli dua carta sekaligus.

Kejayaan ini menandakan Jessie sebagai satu-satunya penyanyi Malaysia yang mencatat dua pencapaian besar dalam carta muzik di Taiwan apatah lagi jualan album sebanyak 15,000 unit disifatkan sebagai suatu yang menakjubkan ketika perkembangan album digital semakin meluas.

– Kafebuzz.my

(Gambar: selebritionline)

Leave a comment

Your email address will not be published.

*



スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino