Last Updated: 20/08/2017 - 4:51 PM

Alami Saat Indah Bersama Megadeth Secara Langsung

Peminat genre thrash metal pastinya tidak sabar untuk berhibur pada malam ini bersama band legenda popular, Megadeth.

Bakal membuat persembahan buat pertama kali di Stadium Negara, Kuala Lumpur bermula jam 8 malam ini, anggota band ini terdiri daripada Dave Mustaine sebagai vokalis serta pemain gitar utama, David Ellefson (bass), Kiko Loureiro (gitar) dan Dirk Verbeuren (dram) juga tidak sabar beraksi bersama peminat mereka di sini.

Menariknya, konsert ini adalah bersempena dengan jelajah dunia album terbaru mereka, Dystopia, merupakan siri jelajah Megadeth paling besar setakat ini. Album Dystopia muncul selepas tiga tahun tanpa album baharu dan ia juga adalah album ke-15.

image

Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1983 ini mengadakan persembahan jelajah mereka ke Malaysia selepas sekian lama peminat menantikan kehadirannya.

Dianjurkan oleh IME Malaysia, Megadeth Live in Malaysia merupakan konsert berskala besar dan band ini bakal mengembalikan nuansa muzik rock secara luar biasa.

Mereka telah mengadakan pengalaman peminat ‘bootcamp’ yang istimewa serta membuat persembahan bersama Scorpions. Namun, tiada lagi waktu lain yang sesuai untuk mengalami saat-saat indah bersama Megadeth secara langsung.

Untuk pengetahuan peminat, tiket konsert berharga RM198 (CAT2, tempat duduk bebas) dan RM428 (Deth Pitt Zone, berdiri bebas) telah habis dijual manakala RM388 (VIP, tempat duduk bernombor), RM358 (Rock Zone, berdiri bebas) dan RM288 (CAT1, tempat duduk bernombor) masih dijual.

image

– Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.

*



スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino