Last Updated: 27/06/2017 - 2:15 PM

Ahmad Idham Bersama Kerajaan Negeri Selangor Berganding Bahu Bantu Autisme

Selebriti terbabit dalam acara kebajikan menerusi program tanggungjawab sosial dan korporat (CSR) bukanlah kerja glamor yang membawa keuntungan mahupun mendapat publisiti meluas.

Namun, pengarah filem dan pelakon terkenal, Ahmad Idham Ahmad Nadzri membuktikan keprihatinannya membantu golongan Autisme tidak terhenti selepas membangunkan Eden Firdaus Centre for Special Education di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor sejak setahun lalu.

Kelmarin, Ahmad Idham bersama pusat pendidikan khas itu berjaya menganjurkan acara ‘Mini Carnival for Autism Awareness’ yang berlangsung penuh meriah di Red Carpet Avenue, Strand Mall, Kota Damansara.

image

Menariknya, pencapaian ini suatu yang bermakna apabila ia turut mendapat sokongan daripada Kerajaan Negeri Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi turut hadir pada acara tersebut menyatakan sokongan dan penghargaan pada Ahmad Idham atas inisiatif yang dijalankan menerusi Eden Firdaus Centre for Special Education yang menyediakan platform pada golongan autisme.

Eden Firdaus Centre for Special Education kini mempunyai 20 pelajar juga menerima bantuan Dana Pendidikan Khas Negeri Selangor sebanyak RM100,000 yang bertujuan membantu pusat ini mengambil pelajar separa kemampuan untuk masuk ke sekolah ini.

Pada acara ini juga, Ahmad Idham menyampaikan bantuan daripada dana tersebut kepada pelajar sekolah ini sebagai usaha membantu golongan ini tidak tercicir daripada mendapat pendidikan. Sebagai galakan dan perkongsian bersama pengunjung, beberapa selebriti tanah air hadir memberi sokongan antaranya Datuk Eizlan Yusof, Datin Nina Juren, Tony Eusoff dan Dafi.

image

Acara yang bermula jam 9 pagi menyediakan pelbagai program menarik seperti 10,000 langkah bersama ibu bapa, kanak-kanak autisme dan selebriti tempatan termasuk pemain pasukan PKNS FC seperti Safee Sali, sesi kaunseling secara percuma, gerai jualan serta pelbagai permainan untuk kanak-kanak.

Meskipun acara pertama kali ini kurang mendapat publisiti media, Ahmad Idham tetap positif dan bersemangat untuk meneruskan perjuangannya terhadap nasib anak-anak autisme.

image

image image image

image

– Kafebuzz.my

 

Leave a comment

Your email address will not be published.

*



スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino