Last Updated: 11/12/2017 - 11:33 PM

Panggilan Pukau Kembali Cari Mangsa

Awas pada semua tidak kira di mana anda berada kerana anda boleh menjadi mangsa individu penipu yang merompak wang tanpa sedar.

Sebelum ini banyak kes penipuan berlaku apatah lagi membabitkan ilmu pukau yang digunakan untuk memperdaya orang ramai yang kemudian melakukan transaksi wang kepada individu tidak dikenali.

Mungkin segelintir anggota masyarakat kurang percaya terhadap tindakan sebegini tetapi perkara ini tidak mustahil berlaku. Satu perkongsian pengguna di Facebook menyatakan saudaranya hampir menjadi mangsa pukau yang mahu merompak wang hanya dengan panggilan telefon!

image

Tambahnya, kejadian berlaku apabila saudaranya itu menerima satu panggilan telefon yang kemudian membuatnya terpedaya sebelum mengambil buku bank. Namun, dia terselamat apabila isterinya menyedari perilaku pelik suaminya itu.

Jadi, beringat sebelum kena. Orang ramai diminta lebih berhati-hati ketika menerima panggilan misteri daripada individu tidak dikenali.

– Kafebuzz.my

 

Leave a comment

Your email address will not be published.

*



スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino