Last Updated: 11/12/2017 - 11:33 PM

‘Sukan Tak Sentral’, Primeworks Studios Mohon Maaf Secara Terbuka

Di laman media sosial hari ini kecoh mengenai kenyataan pelari pecut negara, Watson Nyambek yang berasa kesal terhadap satu program di sebuah televisyen swasta yang didakwa mempersenda nama bapanya.

Tindakan turut mengundang marah netizen yang bersimpati dengan nasib pelari pecut terkenal itu. Justeru, Primeworks Studios Sdn Bhd (“Primeworks Studios”) tampil dengan kenyataan memohon maaf secara terbuka menerusi Facebook.

image

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Ahmad Izham Omar berkata, syarikat penerbit rancangan Sukan tak Sentral bagi pihak TV3 dan TV9 dengan rendah diri memohon maaf kepada Watson Nyambek gara-gara mempersendakan nama baik ayah beliau.

“PWS telah memberi peringatan kepada semua kakitangan kami untuk sentiasa peka dan sensitf dalam setiap rancangan yang diterbitkan. Pihak kami juga akan membuat kajian semula terhadap kaedah kerja operasi kami bagi mengelakkan kejadian ini berulang kembali.

“Kejadian yang telah berlaku ini memberi pengajaran kepada kami untuk lebih peka dengan keadaan sekeliling.

“Kami amat menghormati saudara Watson, ayah dan keluarga beliau. Saudara Watson adalah seorang jaguh pecut negara serta atlit yang telah banyak berjasa mengharumkan nama negara.

“Dengan itu, kami sekali lagi dengan rendah diri ingin memohon maaf di atas kesilapan kami dan memastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi,” katanya.

image

– Kafebuzz.my

 

Leave a comment

Your email address will not be published.

*



スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino