Last Updated: 11/12/2017 - 11:33 PM

#JelajahMuzikSafiBalqis Bersama Artis Popular & Personaliti Media Sosial

Peluang bertemu ramai artis popular menerusi acara #JelajahMuzikSafiBalqis.

Beberapa artis terkenal tempatan dan personaliti media sosial akan turut serta dalam acara anjuran produk kecantikan, Safi Balqis bersama Sony Music Malaysia antaranya Aliff Aziz, Altimet, Ary Hadre, Farisha Irish, Fiqri Jelani, Haqiem Rusli, Helloluqman, Ifa Raziah, Insomniacks, Persis, Projector Band, Shamim, Tajul dan Wani.

Acara jelajah ini bertujuan mendekati peminat terutamanya golongan muda di luar Lembah Klang berhibur sambil mengenali rangkaian produk Safi Balqis dengan lebih lanjut.

image

Pengurus Pemasaran SAFI, Mahsuri Sulaiman berkata, di samping berhibur peminat juga boleh mendapatkan pelbagai produk kecantikan yang terdapat di lokasi jelajah itu nanti selain kedai-kedai terpilih di seluruh negara.

“Ini adalah satu kolaborasi yang sangat sempurna dengan Sony Music Malaysia kerana hakikatnya penjagaan kecantikan dan muzik sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan golongan muda. Safi Balqis juga melihat jelajah ini sebagai platform terbaik memperkenalkan rupa pakej terbaru produk kami,” katanya.

SAFI juga tampil dengan sebuah iklan TV komersial bagi mempromosikan produk Safi Balqis OxyWhite iaitu generasi produk ke enam sejak dilancarkan pada tahun 2000. Ia bertujuan memperkenalkan formulasi terbaharu yang dipertingkatkan teknologi Nano Oxygen selain pembungkusan baharu dan wangian yang lebih menarik.

“Elemen oksigen yang terkandung dalam produk menjadi ilham utama kami kerana ia mampu mencerahkan kulit dan menjadi lebih cantik manakala slogan ‘Lebih Oksigen, Lebih Ceria’ digunakan untuk siri jelajah kali ini,” katanya.

Bagi menyemarakkan lagi iklan komersial itu, satu single baru berjudul Tak Malu nyanyian artis Sony Music Malaysia, Farisha Irish turut dijadikan lagu temanya.

Menariknya, orang ramai juga berpeluang mengasah bakat dalam bidang nyanyian dengan hanya membeli produk Safi Balqis sebagai bukti penyertaan.

image

Seramai 30 pemenang dari 3 lokasi yang dipilih berpeluang digandingkan bersama penyanyi yang terbabit dalam acara ini. Pelbagai aktiviti menarik lain juga menanti pengunjung di setiap lokasi jelajah termasuk persembahan artis, cabutan bertuah, sesi autograf dan bergambar bersama artis.

Pengarah Pengurusan Sony Music Malaysia, Singapura dan Indonesia, Julius Ng berkata, acara ini sudah pasti dinantikan ramai di luar Lembah Klang yang ingin bertemu artis kegemaran mereka. Malah, muzik menjadi medium sangat berkuasa menyatukan segenap lapisan masyarakat.

“Menerusi siri jelajah itu nanti, pelbagai aktiviti menarik membabitkan artis dan peminat bakal berlangsung. Seterusnya ia bakal mengeratkan lagi silaturahim antara mereka,” katanya.

Lima lokasi siri jelajah kali ini adalah Mydin Pulau Sebang, Melaka pada (16 April), Universiti Utara Malaysia, Kedah (19 April), kompleks membeli belah Bukit Jambul, Pulau Pinang (23 April), Universiti Putra Malaysia, Serdang (29 April) dan Mydin Senawang, Seremban (7 Mei).

Untuk maklumat lanjut acara #JelajahMuzikSafiBalqis layari Safi Malaysia SAFI.MY (Facebook), safimalaysia (Instagram) dan Sony Music MalaysiaSyok Muzik & sonymusicmy (Instagram)

– Kafebuzz.my 

 

Leave a comment

Your email address will not be published.

*



スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino