Last Updated: 11/12/2017 - 11:33 PM

Lurking Woods Karya Anak Malaysia Kini Di Pawagam!

Apa aktiviti anda hari ini? Apa kata jika mahu tonton wayang boleh pilih tonton filem terbaru, Lurking Woods yang kini di pawagam sejak 6 April lalu.

Jangan terkejut dengan judul filem dan barisan kesemua pelakon ‘mat salleh’ dari Australia dalam filem ini kerana ia adalah karya anak tempatan iaitu Rizal Halim yang juga ahli Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) mempertaruhkan filem sulungnya untuk tontonan peminat filem genre thriller di sini.

image

Menariknya, Rizal mengambil keputusan menayangkan filemnya di negara sendiri dulu sebelum menjengah pawagam di Australia dan Jepun selepas ini. Filem yang membelanjakan kos pembikinan sebanyak AUD$400,000 (RM1.36 juta) ini menjalani penggambaran sepenuhnya di luar negara membawa kelainan pada elemen seram berlaku pada siang hari.

Sebagai cabaran pembikin filem, Rizal juga melakukan rujukan filem seram dengan menonton filem Annabelle sebanyak 10 kali manakala 15 kali menerusi Insidious.

Jadi, peminat filem tempatan jangan lepaskan peluang menyaksikan filem anak tempatan kali ini yang mencipta sejarah perfileman di luar negara.

Biarpun jumlah kutipan masih baru untuk dijadikan ukuran tetapi kita tetap berbangga ada pembikin filem tempatan menghasilkan filem menggunakan ‘sentuhan’ produksi dan pelakon antarabangsa. Syabas Rizal Halim dan semua team produksi Lurking Woods!

image

– Kafebuzz.my

 

Leave a comment

Your email address will not be published.

*



スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino