Last Updated: 27/06/2017 - 2:15 PM

Peluang Dialog Bersama Penulis Yuya Yuya, Abie Abdullah

Selepas memperkenalkan genre berbeza, ‘journalism fiction’ diterbitkan untuk memberi sesuatu yang baru pada selera pembaca novel masa kini, peminat novel Yuya Yuya berpeluang mendekati lebih dekat penulisnya Abie Abdullah dalam satu sesi istimewa yang diadakan esok (7 April).

Bertempat di Pusat Konvensyen Shah Alam, Selangor, Abie membuka ruang pada peminat dan pengunjung Pesta Buku Selangor untuk mereka ontarkan soalan dan berkongsi pengalaman dengannya mengenai bidang penulisan novel.

image

Abie yang juga penulis lirik dan bekas editor serta wartawan hiburan selama 22 tahun bekerjasama dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor sebagai penganjur bersama untuk sesi dialog khas ini.

Menariknya, Abie juga menjemput pelakon senior popular, Fauziah Ahmad Daud (Ogy) untuk bersama memeriahkan acara ini pada Sabtu ini (8 April) jam 3 petang.

image

Bagi peminat novel khususnya Yuya Yuya, jangan lepaskan peluang untuk timba ilmu bersama Abie manakala Ogy akan bercerita lanjut pandangannya mengenai naskhah novel yang dibawa adaptasi ke drama televisyen serta filem.

Begitu juga, peminat novel masih berpeluang membeli novel terlaris, Yuya Yuya di gerai jualan, Yamani Angle Sdn Bhd.

image

– Kafebuzz.my

 

Leave a comment

Your email address will not be published.

*



スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino