Last Updated: 20/08/2017 - 4:51 PM

Najip Ali Rayu Mohon Maaf Pada Perdana Menteri

Pengacara dan pelawak popular, Najip Ali akhirnya memohon maaf pada Datuk Seri Najib Razak.

Ia berikutan tindakannya bersikap biadap mempersenda Perdana Menteri itu dalam sebuah program hiburan berkonsepkan komedi baru-baru ini.

Bekas pengacara program televisyen popular Asia Bagus itu mengakui komennya dalam program yang disiarkan di Channel 5 sebelum ini memberi kesan pada dirinya. Dia menyedari ia adalah tindakan tidak sensitif dan merayu memohon maaf pada Perdana Menteri termasuk penonton dan rakan, katanya dalam satu kenyataan di laman sesawang, Mediacorp, semalam.

Pada 29 Mac lalu, Mediacorp saluran Channel 5 menyiarkan program komedi, OK Chope! yang memaparkan segmen mengenai Perdana Menteri. Bagaimanapun, segmen itu menerima kecaman ramai penonton yang berpandangan ia menyinggung perasaan ramai rakyat Malaysia khususnya Perdana Menteri.

Pelbagai pihak tampil menyatakan pandangan mengutuk tindakan Najip dan program tersebut.

Pengerusi Pertubuhan Wawasan Bersatu Malaysia, Mior Azlan Mior Kamarulbaid menegaskan 5 perkara yang patut Najip ambil iktibar terhadap insiden tersebut iaitu bersikap waras sebagai seorang Muslim apatah lagi kini menjadi juri program popular, Maharaja Lawak Mega; tiada keperluan segmen tersebut menyediakan kuiz seperti mengisi tempat kosong bertujuan menghina pemimpin negara jiran dan Najip sebagai selebriti sewajarnya meminta maaf secara terbuka.

“Malah, tindakan penghinaan sebegini tidak sewajarnya belaku kepada pemimpin negara apatah lagi menerusi program televisyen di negara lain. Sama ada sedar atau tidak, dia juga adalah seorang saudara Islam kepada Perdana Menteri dan dia tidak perlu masuk campur isu negara lain sedangkan dia sendiri mencari makan di negara ini,” katanya.

– Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.

*



スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino