Last Updated: 19/10/2017 - 7:14 PM

Apa Hala Tuju Persatuan Penerbit Filem Malaysia Selepas Ini?

Lebih seminggu berlalu tapi rasanya belum terlewat untuk ucap tahniah pada semua ahli jawatankuasa (AJK) baru Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) yang dilantik menerusi mesyuarat agung tahunan (AGM) yang diadakan pada 25 Mac lalu.

Khabarnya saingan sengit memilih siapa yang layak untuk menjadi presiden dan majoriti memihak Datuk Norman Abdul Halim. Sebelum AGM diadakan kecoh seketika apabila Richard Ung menyatakan hasrat mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden dan mempunyai matlamat mahu menjual 2 bangunan PFM yang dianggarkan bernilai RM4 juta. (Baca lagi: Richard Ung Mahu Jual Bangunan PFM RM4 Juta).

Siapapun yang dipilih menjadi AJK PFM kali ini, apa yang diharapkan ahli, penggiat seni, pihak media mahupun orang ramai sebagai penonton adalah usaha dan perjuangan AJK baru ini dalam memajukan industri perfileman tempatan. Bak kata seorang rakan produser, apakah langkah mereka seterusnya selepas dapat jawatan.

Apakah hala tuju sama ada perancangan jangka pendek atau jangka panjang untuk persatuan, ahli dan industri? Jangan sekadar glamor dengan jawatan tetapi tidak tahu masalah sebenar industri kerana diri sendiri sudah lama tak buat filem. Jadi, kita tunggu dan lihat tindakan PFM seterusnya.

Begitu juga, pihak media mengharapkan AJK baru kali ini lebih mesra media dalam menghebahkan maklumat dan aktiviti mereka. Selamat bertugas pada semua AJK PFM!

image

Berikut senarai AJK baru PFM yang dikongsi Norman menerusi Facebooknya:

Presiden: Datuk Norman Abd Halim (KRU Studios)

Timbalan Presiden: Datin Paduka Shuhaimi Baba (Pesona Pictures)

Naib Presiden: Burhanuddin Md Radzi (Les Copaque Production)

Setiausaha Kehormat: Zahrin Aris (I-Insan Multimedia)

Bendahari: Pansha (Berjaya Films)
Penolong Setiausaha: Najwa Abu Bakar (Astro Shaw)
AJK:

1. Datuk Yusof Haslam (Skop Productions)
2. Datuk Ahmad Izham Omar (Primeworks Studios)
3. Datuk Nancie Foo (Produksi Seni 2020)
4. Hasniza Nordin (Saphire Screen) (Sekutu)
5. Datin Zaiton Muhd Jiwa (Global Station)(Sekutu)
6. Lina Tan (Red Films) (Juru Kira-Kira)

– Kafebuzz.my

 

Leave a comment

Your email address will not be published.

*



スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino