Last Updated: 27/06/2017 - 2:15 PM

Perangai Pelakon Sekarang, Pengarah Terpaksa Kejar Bagitau Karakter

Sembang ragam artis memang bermacam cerita kita boleh baca dan dengar.

Lihat saja ruangan pojok dalam akhbar atau sekarang paling mudah menerusi media sosial, ada saja cerita artis yang dikongsi artis atau rakan artis meskipun peminat.

Dah namanya artis, tiada istilah sibuk jaga tepi kain orang sebab kisah peribadi artis juga adalah berita hiburan yang mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pembaca. Satu kisah dikongsi pengarah filem terkenal, Osman Ali mengenai disiplin pelakon sebelum ke lokasi penggambaran.

image

Katanya, pelakon serius lebih gemar bertanya pada pengarah atau produser mengenai wataknya sebelum ke lokasi penggambaran. Sebaliknya, pengarah pula terpaksa mengejar pelakon masa kini untuk menjelaskan karakaternya atau lebih malang jika pelakon itu tidak dapat dihubungi.

Mungkin teguran terhadap pelakon ‘masa kini’ yang dimaksudkan pengarah filem Jwanita ini adalah pelakon yang tidak terbabit dalam sesi ‘script reading’ atau latihan di lokasi penggambaran.

Ingat, filem atau drama yang menghiburkan tercetus daripada lakonan berkesan yang lahir daripada sikap pelakon yang berdisiplin dan fokus pada tanggungjawabnya bukan sekadar cari glamor dan mahu hidup mewah.

– Kafebuzz.my

 

Leave a comment

Your email address will not be published.

*



スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino