Last Updated: 19/10/2017 - 7:14 PM

AnimeXover ‘Timur Bertemu Barat’ Bakal Himpun Ribuan Peminat Anime

Bagi peminat kartun animasi jarang sebenarnya berpeluang menghadiri acara khusus yang menghimpunkan pengumpul koleksi anime mahupun menyaksikan persembahan dan pameran berkaitan.

Berita gembira buat peminat anime, satu festival anime terbesar tahunan, AnimeXover akan menemui peminat di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid Petaling Jaya, Selangor pada 8 dan 9 April ini. Acara bermula dari jam 10 pagi sehingga 6 petang mengenakan bayaran masuk sebanyak RM20 setiap seorang.

Peminat boleh mendapatkan potongan harga tiket sebanyak RM5 dengan hanya membeli minuman rasmi acara ini iaitu OISHI. Pusat membeli-belah Sunway Pyramid pula menjadi rakan rasmi untuk acara ini yang bertemakan ‘Timur Bertemu Barat’.

image

Dalam acara selama dua hari ini menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk peminat anime di Malaysia berseronok dan tidak akan berasa puas antaranya Konsert Ani Song menampilkan Angela, Tempura Kidz, RAM Rider dan Anna Yano.

Konsert yang membariskan bintang terkenal ini dijangka menarik ribuan peminat anime mengunjungi festival kali ini. Angela cukup dikenali dalam dunia anime sebagai sebuah band muzik yang menjadi pilihan untuk lagu tema beberapa siri anime seperti FAFNER in the azure, Heroic Age, Shikabane Hime dan Asura Cryin.

Tempura Kidz pula adalah kumpulan pop Jepun atau J-Pop dianggotai lima gadis remaja sering mengadakan persembahan di luar negara antaranya Perancis, Taiwan, Filipina, Vietnam, Thailand dan julung kali di negara ini.

image

Istimewa buat peminat permainan Counter-Strike: Global Offensive (CSGO) dan Dota 2 berpeluang memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 dengan menyertai peraduan E-Sukan bersama ahli kumpulan masing-masing pada acara berkenaan.

Lebih mengujakan, peminat juga berpeluang menyertai pertandingan Cosplay. Mereka yang berminat boleh mendaftar secara atas talian dan menangi ganjaran RM2,000 sebagai juara, RM1,000 (tempat kedua) dan RM500 (ketiga).

image

Selain pameran Karakter Figura Animasi AnimeXover turut mempamerkan model dan juga figura serta karakter animasi terkenal dari dunia Barat seperti Super Hero, R2D2, Han Solo Carbonite, Millennium Falcon Cockpit, Vintage Robots dan pelbagai lagi. Maklumat lanjut acara itu boleh didapati menerusi laman Facebook, AnimeXover.

– Kafebuzz.my

 

Leave a comment

Your email address will not be published.

*



スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino