Last Updated: 20/08/2017 - 4:51 PM

Peluang Wakil Malaysia Ke Hollywood

Dalam zaman sekarang, sesiapa saja boleh mencuba nasib menjadi artis. Tidak kira apa jua bidang seni yang diceburi sama ada nyanyian, lakonan, tarian mahupun peragaan, siapa tahu mungkin rezeki bukan saja jadi artis popular tetapi menjadi jutawan dan paling tidak mencipta nama di Hollywood!

Bagi karier seorang artis, pastinya menyimpan impian ke sana untuk menimba pengalaman seni atau sekurangnya menjejak kaki sekali seumur hidup.

image

Bagi mereka yang berhajat ke Hollywood, jangan gusar kerana masih ada peluang untuk ke sana menerusi pertandingan World Championships of Performing Arts (WCOPA) yang akan diadakan di Long Beach, California pada 30 Jun sehingga 9 Julai depan.

Seperti lazimnya, Malaysia juga akan menghantar penyertaan ke acara tahunan itu menerusi pelbagai kategori seperti vokal solo atau berkumpulan, lakonan, tarian, muzikal dan peragaan. Sebelum ini kontijen negara penah disertai golongan selebriti antaranya Deja Moss, Norish Karman dan Noryn Aziz.

image

Jadi, pada mereka yang mahu mengasah bakat ke peringkat antarabangsa jangan lepaskan peluang hadir ke ujibakat pertandingan ini. Maklumat lanjut mengenai uji bakat boleh menghubungi talian 0173101288 atau menerusi emel, matmesdnbhd@gmail.com.

– Kafebuzz.my

 

Leave a comment

Your email address will not be published.

*



スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino