Last Updated: 20/08/2017 - 4:51 PM

Richard Ung Mahu Jual Bangunan PFM RM4 Juta

“Jika saya menang jawatan Timbalan Presiden, saya akan jual 2 bangunan yang menjadi aset Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM),” tegas produser filem, Richard Ung.

Kenyataan itu menjadi manifestonya untuk bertanding pada mesyuarat agung tahunan (AGM) persatuan itu yang akan diadakan pada 25 Mac ini seolah menimbulkan tanda tanya apakah matlamat sebenarnya dalam berjuang membantu penggiat seni sebagai ahli.

Jelasnya, dia berhasrat menjual 2 bangunan PFM yang dianggarkan bernilai RM4 juta bertujuan mendapatkan tunai untuk digunakan persatuan itu menjalankan pelbagai aktiviti yang memberi manfaat pada ahli.

“Mengapa persatuan perlu ada 2 bangunan. Lebih baik aset itu dijadikan wang untuk digunakan membantu ahli. Sebagai contoh, mungkin ada produser filem ‘independent’ berdepan masalah kewangan dalam aspek promosi dan di sini peranan persatuan tampil membantu memberi pinjaman.

image

“PFM Berhad boleh berfungsi dengan dana secukupnya sebagai tempat memberi bantuan segera pada produser filem dalam situasi kritikal. Ini bermakna, persatuan membantu dengan memberi pinjaman duit pada ahli.

“Begitu juga, apabila produser berdepan masalah dengan artis mereka seperti bergaduh sehingga pelakon tidak turun ke lokasi penggambaran, mereka terpaksa mengeluarkan bajet lain untuk meneruskan penggambaran,” katanya dalam pertemuan bersama Kafebuzz di Ampang, Selangor, hari ini.

Tambahnya, kelemahan PFM ketika ini adalah kekurangan aktiviti yang dijalankan ahli jawatankuasa (AJK) persatuan itu. Peranan persatuan dilihat perlu lebih relevan membela nasib ahli.

“Idea saya cuma pada masa sekarang belum diperhalusi dan memang perlu mendapat restu barisan AJK lain tetapi pada dasarnya ialah mendapat tunai bagi menjalankan aktiviti yang memberi manfaat ahli secara kolektif,” katanya.

Dalam pada itu, Richard berpandangan aspek penggunaan media sosial perlu diberi penekanan penting dalam menghebahkan akiviti persatuan pada ahli dan orang ramai. Justeru, dia mempunyai strategi dalam agenda PFM selepas bertukar pucuk pimpinan nanti.

“Saya bercadang melakukan pelaburan saham di portal media digital supaya dapat manfaat produser bila nak promosi filem mereka,” katanya.

– Kafebuzz.my

 

Leave a comment

Your email address will not be published.

*



スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino