Minta Nombor Telefon Aiman Tino Sebab Tak Boleh Tidur

Dah namanya artis popular sudah tentu mempunyai ramai peminat. Mungkin peminat sendiri pernah terfikir bagaimana gamaknya kehidupan seharian artis popular?

Apakah artis popular berani pergi pasar malam, beli setem di pejabat pos, beratur beli nasi lemak atau ‘cucuk’ duit di mesin ATM. Tapi bagaimana pula jika peminat itu bersikap fanatik?

Penyanyi remaja, Aiman Tino yang meraih 32 juta tonton di YouTube setakat ini menerusi lagu popularnya, Ku Rela Dibenci turut berdepan pelbagai kerenah peminat antaranya peminat mengaku tak boleh tidur sebab tak dapat bergambar dengan artis kesayangan itu.

Dalam satu ‘screen shot’ mesej daripada seorang peminat menyatakan perasaannya sangat sedih apabila tak dapat ‘selfie’ dengan penyanyi itu. Apa menjadi kelakar dalam kalangan netizen apabila peminat fanatik itu meminta nombor telefon bimbit artis itu demi tunaikan hasratnya untuk bergambar dan kemudian baru dapat tidur.

image

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*