Last Updated: 20/08/2017 - 4:51 PM

Nike Pro Hijab Pilihan Terbaik Wanita Muslim

Bagi wanita Muslim, mencari pakaian yang sesuai untuk bersukan ada ketikanya menimbulkan masalah. Bagaimana mahu kekal sihat melakukan senaman sambil menjaga penampilan agar tidak mendedahkan aurat.

Berita baik pada wanita Muslim termasuk atlet wanita Muslim kerana jenama sukan antarabangsa, Nike memperkenalkan produk terbaru mereka, Nike Pro Hijab. Rekaan khusus pakaian sukan ini dibangunkan sejak setahun lalu dan turut mendapat idea daripada atlet.

image

Peluncur ais United Arab Emirates (UAE), Zahra Lari antara atlet mencuba produk terbaru Nike ini yang mudah dipakai dan mempunyai fabrik elastik termasuk lubang kecil untuk penafasan serta labuh.

Ia mempunyai tiga warna iaitu hitam, kelabu dan ‘obsidian’, ia dijangka berada di pasaran pada tahun hadapan.

image

Sebelum ini pemain pedang, Ibtihaj Muhammad dari New York menjadi Muslim Amerika Syarikat pertama bertanding di Sukan Olimpik dengan imej berhijab dan dia juga menang pingat gangsa di Rio.

Begitu juga, kejohanan Piala Dunia Wanita bawah 17 tahun di Jordan pada Oktober tahun lalu menyaksikan buat pertama kali pemain wanita Muslim memakai hijab, seperti dilaporkan ABC News.

image

image

– Kafebuzz.my

 

Leave a comment

Your email address will not be published.

*



スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino