Last Updated: 19/10/2017 - 7:14 PM

“Yang Mana Cemburu Tu Biarlah Cemburu, Aku Tak Rugi Apa-Apa Pun” – Wak Doyok

Ramai yang melihat personaliti terkenal, Wak Doyok sebagai pengacara program travelog dan ikon fesyen yang sering bergaya dengan suit bersama imej misai dan jambang yang menjadi trademark dirinya.

Namun, tidak ramai yang tahu dia juga seorang ahli perniagaan yang gigih dalam meluaskan jenamanya dengan berkecimpung dalam pelbagai bisnes termasuk produk penjagaan diri, pakaian dan pertanian.

Wak Doyok berkongsi kisah kejayaan dan pencapaiannya sebagai ahli perniagaan yang boleh dijadikan inspirasi pada orang lain untuk mengikut jejak langkahnya.

Perkongsian bersama. Umum melihat dasarnya aku sudah ada segalanya. Tapi disebalik apa yang di kurniakan kepada aku adalah Anugerah Allah yang di beri pinjam hanya seketika sahaja untuk aku merasai apa yang telah aku lakukan untuk memajukan diri aku selama aku berkerja. Orang-orang hanya tahu mengata kutuk aku yang bukan-bukan hingga suatu ketika dulu muka aku dimalukan di tampal poster di tiang-tiang di bandar bandar Kuala Lumpur. Tapi aku jenis orang yang tidak ambik kisah sebab aku tahu orang-orang kita memang macam itu tidak boleh boleh lebih sikit ada sahaja yang tidak puas hatinya. Bagi aku itu semua adalah kunci aku untuk terus berusaha dan membuktikan yang tomahan mereka itu salah. Dan akhirnya apa yang aku buat selama ini mereka terasa sendiri aku tidak boleh salahkan mereka sudah cara mereka memang begitu. Yalah mungkin mereka terkejut dengan kemunculan aku di dalam sosial media secara tiba-tiba itulah power nya alam maya itu. Bila sudah ada landasan ini aku tidak persia-siakan nya aku guna sebaik mungkin untuk aku berniaga dengan cara aku sendiri. Nah bukti nya aku sekarang sudah bergelar usahawan Pengasas Produk Legasi Holding (M) Sdn Bhd mempunyai Wisma sendiri @legasiwakdoyok yang kini sudah terbesar jualan nya dia Asia Tengara @wakdoyokindonesia .Selaian dari itu aku menpunyai jenama pakaian aku sendiri iaitu @megwakandcompany yang mana ramai ahli-ahli koprat orang-orang kenamaan dan juga orang-orang biasa yang buat baju dengan aku Alhamdulillah. Umum di luarsana sedia maklom yang aku mempunyai kedai grooming untuk unisex iaitu Wak Doyok Barber Shop yang berada di SS15 subang dan di Taipan USJ @wakdoyokbarbershop @vvipbarbershop Waktu yang sama aku ada juga FNB aku di Shah Alam seksyen 7 @dulangmas_cafe menyediakan masakan Taifood dan yang terbaru adalah @embassydining restoran concept, bakery/patisseries western + asian di The Stailing Uptown damansara dan baru-baru ini aku telah berjinak-jinak dengan pertanian pula. Itulah sedikit sebanyak yang aku boleh kongsikan bersama anda semua yang mana cemburu tu biarlah cemburu aku tak rugi apa-apa pon. 🙏🏻 #Syukur #Amin #Motivasi

A post shared by Wak Doyok (@wakdoyok) on

– Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.

*



スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino