Last Updated: 30/05/2020 - 2:23 AM

Megadeth Pilih Kuala Lumpur Promosi Dystopia

Berita mengenai band thrash metal popular, Megadeth bakal menemui peminat mereka pada 4 Mei nanti cukup mengujakan dan menjadi peluang keemasan yang sukar dilepaskan.

Menerusi persembahan kali ini,  Megadeth Live In Malaysia akan menggegarkan Stadium Negara, Kuala Lumpur yang dijangka bermula jam 8 malam. Ditubuhkan pada tahun 1983, album pertama mereka pernah diiktiraf sebagai Album Thrash Metal Terhebat Sepanjang Zaman.

Dave Mustaine selaku ketua kumpulan berkata, Kuala Lumpur adalah tempat yang sentiasa menjadi pilihan mereka untuk membuat persembahan apabila menjelajah Asia. Kunjungan mereka kali ini sempena kemunculan album terbaru, Dystopia selepas tiga tahun tanpa album studio yang juga album ke-15 mereka.

image

Pengkritik muzik rock dan peminat memuji album Dystopia dan menyifatkannya sebagai hasil paling berjaya daripada salah satu band yang paling sinonim dengan genre muzik berkenaan. Album tersebut mendapat pencalonan Anugerah Grammy untuk kategori Persembahan Metal Terbaik 2017.

Berdasarkan jumlah 49,000 unit dijual dalam masa seminggu, Dystopia mengambil kedudukan ketiga di carta Billboard Top 200 bersama-sama Adele dan Justin Bieber. Ia adalah pencapaian tertinggi yang pernah diraih band ini sejak 1992 untuk Countdown to Extinction yang berjaya menduduki tempat kedua dalam carta sama.

image

Dystopia turut disenaraikan sebagai salah satu daripada 20 Album Metal Terbaik 2016 oleh majalah Rolling Stone. Selain Mustaine selaku vokalis merangkap pemain gitar utama, band ini turut dianggotai David Ellefson bermain bass, Kiko Loureiro (gitar) dan Dirk Verbeuren (dram).

Sepanjang tiga dekad lalu, Megadeth telah menjual lebih 50 juta album di seluruh dunia, menerima pelbagai pengiktirafan termasuk 12 pencalonan Grammy serta dianugerahkan dengan anugerah platinum untuk lima album berturut-turut.

Peminat Megadeth boleh membeli tiket berharga RM428 (Deth Pitt Zone, berdiri bebas), RM388 (VIP, tempat duduk bernombor), RM358 (Rock Zone, berdiri bebas), RM288 (CAT1, tempat duduk bernombor) dan RM198 (CAT2, tempat duduk bebas ) menerusi TicketCharge di www.ticketcharge.com.my atau menghubungi talian hotline +603- 92228811.

image

 

Tiket juga boleh dibeli di kedai muzik terpilih seperti Speedy video, Victoria Music, Rock Corner, Chambers Music, PJ Live Arts, kaunter maklumat di pusat membeli belah The Mines atau 1 Shamelin, Eden Ultimate (Kuantan) dan juga Blonde Brunette (Pulau Pinang). Tiket sudah mula dijual pada 10 Februari lalu.

Semua harga tiket adalah termasuk 6% GST tetapi tidak termasuk yuran pemprosesan RM4. Untuk maklumat lanjut mengenai konsert ini, sila layari @IMEAsia di Facebook, @IME_Asia di Instagram, @IMEProduction di Twitter, atau @IMEProductions di WeChat.

– Kafebuzz.my

 

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino