Last Updated: 19/10/2017 - 7:14 PM

Jamal Abdillah, Siti Nurhaliza, Fauziah Latiff & Siti Elizad Gamatkan Sepahtu Reunion Live

Program lawak pentas, Sepahtu Reunion Live terus menjadi bahan hiburan malam minggu yang ditunggu ramai peminat dan penonton Astro Warna.

Malam tadi, aksi Sepahtu yang dianggotai Jep, Shuib dan Rahim bukan saja mencuit hati penonton tetapi penampilan artis jemputan pada setiap minggu menjadikan program yang disiarkan secara langsung ini suatu yang istimewa pada penonton.

image

Kejutan buat penonton sebaik melihat kehadiran selebriti popular iaitu Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Jamal Abdillah turut serta berlakon dan menyanyi. Malah, penampilan Siti Elizad sebagai Sabariah seperti watak dalam filem Ibu Mentuaku arahan Tan Sri P Ramlee juga mengamatkan suasana jenaka di atas pentas.

image

Kali ini aksi jenaka Rahim paling menyerlah dan dominan menguasai pentas sebagai ayah kepada Sabariah yang menolak pinangan Kassim Selamat lakonan Jep manakala Shuib sebagai Dr Ismadi.

image

Tidak ketinggalan, pelawak senior, Ilya Buang yang cukup sinonim dengan kumpulan Senario membantu dalam menjayakan persembahan kali ini.

image

Jep yang menjadi Kassim Selamat nampaknya menjadi bahan buli oleh dua rakannya, Shuib dan Rahim yang beberapa kali menarik rambut Jep.

image

Kemunculan tiga penyanyi terkenal iaitu Jamal, Siti Nurhaliza dan Fauziah Latiff menjadikan persembahan lawak Sepahtu lebih ‘mahal’ dan istimewa buat penonton dan peminat.

image

Aksi bapa dengan anak yang dibawakan Rahim bersama Siti Elizad cukup menghiburkan penonton.

– Kafebuzz.my

(Foto: Sinar FM)

 

 

Leave a comment

Your email address will not be published.

*



スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino