Awie Bergaya Bak Raja Kesultanan Melayu

Memang sesuai dengan gelaran Raja Sehari, majlis persandingan penyanyi rock terkenal, Datuk Awie bersama pasangannya berlangsung dalam suasana cukup meriah.

Lebih mengujakan pasangan sejoli ini tampil dengan konsep seperti raja dan permaisuri zaman kesultanan Melayu suatu ketika dulu.

Menerusi perkongsian gambar persandingan Awie yang dimuat naik di media sosial kelihatan segelintir tetamu juga datang mengikut tema seperti hulubalang Melayu.

Difahamkan, majlis yang diadakan di Tadom Hill Resort Banting, Selangor membawa tema persandingan diraja memukau tetamu dengan persembahan silat dan tarian tradisional sebelum diakhiri dengan persembahan bunga api dan tarian joget lambak.

image image

– Kafebuzz.my

(Kredit foto: Keena Mentor – Facebook)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*