Last Updated: 19/10/2017 - 7:14 PM

Jaminan Sehingga 3 Tahun Bersama COOP2U

Mendapatkan perkhidmatan selepas jualan seperti jaminan terhadap produk yang dibeli memang cukup penting pada pengguna agar tidak mudah tertipu dan berpuas hati dengan apa yang dibeli.

Sebagai satu pilhan terbaik, pengguna boleh memilih COOP2U sebagai pusat sehenti untuk membeli pelbagai barangan keperluan seperti motosikal, emas, barangan elektrik termasuk telefon pintar pada harga yang boleh menawarkan bayaran ansuran yang lebih mudah.

Menariknya, COOP2U terus mengorak langkah ke hadapan apabila memberikan jaminan 2 sehingga 3 tahun untuk produk yang dibeli. Menerusi COOPCARE, ia adalah perkhidmatan yang menawarkan jaminan 2 tahun untuk setiap pembelian gajet dan 3 tahun untuk semua barangan elektronik yang dibekalkan COOP2U.

image

Bagi melancarkan proses jual beli ini, COOP2U memperkenalkan Sistem keanggotaan koperasi (SISKEK) iaitu sistem pengurusan keanggotaan, pembiayaan dan perakaunan koperasi.

SISKEK yang dibangunkan bertujuan memudahkan kegunaan koperasi bagi menguruskan operasi koperasi menggunakan teknologi ‘Microsoft azure’ yang merupakan ‘cloud server’ dan mempunyai ‘auto-backup’ yang dilakukan secara automatik menggunakan teknologi ini.

Pelancaran sistem ini disempurnakan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Dr Noor Zari, di ibu pejabat SKM, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

image

Foto 1:

Dr Noor Zari (dua dari kanan) melancarkan CoopCare & SISKEK sambil disaksikan Naib Pengerusi Eksekutif (Dasar & Pembangunan), Mat Deris Jusoh, Pengerusi COOP2U, Datuk Ahmad Shamsuddin Ramli dan Setiausaha COOP2U, Datuk Jayakumar A/L A. Kumarappan.

image

Foto 2:

Jayakumar (tujuh dari kiri) bersama ahli Lembaga COOP2U, Datin K. Letchumi (tujuh dari kanan) dan kakitangan Koperasi COOP2U Berhad yang membangunkan Sistem Keanggotaan Koperasi (SISKEK).

– Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.

*



スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino