Orang ‘Buta’ Masuk RM14,000 Kat Kaunter Bank

Memang selalu kita lihat, terjumpa dan disapa individu yang kelihatan buta meminta sedekah tapi kononnya menjual tisu. Isu ini sudah banyak kali didedahkan pihak media tetapi senarionya masih tidak berubah.

Malah, apa yang menjadi hairan lokasi tumpuan ramai di kedai makan seperti di Kampung Baru, Kuala Lumpur tidak putus dikunjungi golongan ini bersilih ganti seolah tahu waktu kerja atau giliran masing-masing.

Meskipun Islam menekankan umatnya berprasangka baik dengan niat menderma tetapi apakah jika segelintir golongan ini yang sebenarnya penipu bertujuan meraih duit dengan cara mudah terus melakukan aktiviti ini secara berleluasa.

Seorang pengguna Facebook berkongsi maklumat mengenai dua wanita yang didakwa menyamar sebagai orang buta. Jika benar dakwaan ini, pihak berwajib perlu segera menjalankan siasatan dan tindakan lanjut.

image

image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*