04/12/2020

Kafebuzz

Portal Hiburan Komprehensif

Peluang Rakam 2 ‘Single’ Bersama Kontrak 2 Tahun

1 min read

Bagi mereka yang berbakat dalam bidang nyanyian dan mempunyai impian mahu menjadi penyanyi boleh mencuba nasib menyertai Pertandingan Karaoke Mencari Raja/Ratu yang dianjurkan pusat hiburan, D’Istana Dugem Club/KTV.

Penyertaan terbuka secara individu dan peserta bebas memilih pelbagai jenis lagu. Menariknya, juara akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 bersama trofi dan kontrak rakaman selama 2 tahun bersama 2 single di bawah label DBI Entertainment.

image

Pengarah Urusan On The 6th, Shamsol Marrif berkata, penganjur menjangkakan sambutan menggalakkan daripada peserta menerusi uji bakat yang diadakan manakala saingan pertama akan bermula di Melaka pada 7 Januari 2017.

Tambahnya, pusat hiburan, D’istana Dugem Club/KTV yang mempunyai cawangan di Kuala Lumpur dan Melaka mahu menaikkan kembali irama dangdut termasuk zapin dan pop. Menerusi pertandingan ini juga mereka mahu mencari penyanyi dangdut untuk membuat persembahan di Dugem.

image

– Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.