Last Updated: 11/09/2019 - 1:02 PM

Azharina Juara Gegar Vaganza 3, Terima Kasih Pada ‘Malaikat’

Penyanyi Azharina berjaya mengenepikan impian peminat Siti Sarah untuk bergelar juara program Gegar Vaganza 3, yang berakhir pada malam tadi. 

Ketika diumumkan pengacara, Nabil Ahmad dan Jihan Musa sebagai juara, Azharina menyatakan hadiah kemenangannya ini adalah rezeki anaknya dan penghargaan buat ‘malaikat’nya iaitu gelaran pada peminatnya.

Kejayaan Azharina itu membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai sebanyak RM100,000 bersama rakaman lagu ‘single’, sebidang lot banglo dan percutian ke Itali. Siti Sarah pula sebagai naib juara tetap gembira dengan hadiah wang tunai RM50,000.

image

Tempat ketiga dimenangi Zarul bersama hadiah wang tunai sebanyak RM20,000 dan lot banglo, diikuti keempat, Ameng (RM15,000), kelima, Intan Sarafina (RM10,000) dan keenam, Gmie (RM5,000).

Program pertandingan nyanyian popular terbitan Astro itu diadili empat juri iaitu Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim sebagai juri tetap manakala dibantu dua juri jemputan, Datuk Jamal Abdillah dan penyanyi Indonesia, Hetty Koes Endang.

– Kafebuzz.my

 

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino