Bantu Si Cilik Membeli Biskut
1 min read
Berdepan ujian Allah sama ada pada diri sendiri atau anggota keluarga memang cukup menguji ketabahan dan kesabaran seorang hamba. Sukar digambarkan dengan kata-kata kepayahan dan penderitaan yang dialami melainkan ia ditanggung sendiri.
Begitu juga nasib yang dilalui sepasang suami isteri yang berjuang untuk anak mereka yang mengalami sakit paru-paru tidak boleh berfungsi secara normal.
Namun, dalam menanggung kos rawatan sebanyak RM1,500 sebulan, bapa pada kanak-kanak ini menjual biskut sebagai usaha meraih pendapatan. Kisah keluarga ini dikongsi penceramah terkenal, Ustaz Hanafi menerusi Facebook.
Moga ramai dalam kalangan masyarakat kita yang bersikap pemurah dapat menghulurkan sumbangan atau paling tidak membeli biskut daripada keluarga si cilik ini.
– Kafebuzz.my