Last Updated: 27/06/2017 - 2:15 PM

Syamsul Yusof Pengarah Filem Nombor Satu Negara

Filem Munafik nyata membawa tuah dalam karier seni Syamsul Yusof apabila dia sekali lagi menang anugerah Pengarah Terbaik pada acara Anugerah Skrin, malam tadi.

Syamsul sebelum ini pernah menang anugerah sama sebanyak 3 kali pada Festival Filem Malaysia ke-28 menerusi Munafik, KL Gangster (FFM24) dan Evolusi KL Drift 2 (FFM23). Munafik yang dijayakan Syamsul sendiri sebagai pelakon utama mencipta sejarah dalam rekod perfileman tempatan dengan kutipan tertinggi sebanyak RM19 juta termasuk Brunei dan Singapura.

Menyambung kejayaan Munafik selepas itu, filem terbitan Skop Production ini turut ditayangan di 30 pawagam selama 3 minggu di Indonesia yang berjaya mencatat 40,000 penonton iaitu jumlah tertinggi filem Melayu dari Malaysia yang menembusi pasaran filem di sana.

Jika empat anugerah Pengarah Terbaik yang diterima Syamsul ini dijadikan ukuran standard pengarah filem Malaysia, ini bermakna Syamsul adalah pengarah muda yang juga pengarah filem nombor satu negara. Syabas Syamsul. Pastinya, ramai peminat dan penonton tidak sabar tonton sekuel Munafik nanti.

image image

– Kafebuzz.my

(Foto: syamsulyusoffilm – Instagram)

 

Leave a comment

Your email address will not be published.

*



スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino