17/01/2021

Jack Ma ‘Ali Baba’ Biayai ‘Jack Ma’ Sehingga Ke Universiti

1 min read

Kehebatan ahli perniagaan terkenal China, Jack Ma bukan terletak pada paras rupa tetapi otak bisnesnya menarik perhatian ramai termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang melantiknya sebagai Penasihat Ekonomi Digital Malaysia.

Pengerusi Eksekutif Alibaba dan usahawan Internet terkenal dan berpengalaman itu turut mencuri perhatian khalayak apabila beliau baru-baru ini mengambil keputusan membantu seorang kanak-kanak lelaki miskin yang dibiayai kos pengajian sehingga ke peringkat universiti.

Menariknya, beliau membantu budak lelaki itu kerana mempunyai paras rupa yang sama sepertinya. Fan Xiaoqin berusia 8 tahun tinggal di Yongfeng County, Timur daerah Jiangxi China membesar dalam suasana kedaifan selepas ibunya menghidap penyakit polio manakala bapanya kehilangan kaki dan neneknya pula menpunyai penyakit Alzheimer seperti dilaporkan jxnews.

Budak lelaki itu menjadi ‘popular’ selepas video mnegenainya dimuat naik pada tahun lalu dan menarik perhatian khalayak kerana mempunyai wajah seiras Jack Ma. Kesusahan budak lelaki itu menyentuh perasaan ramai yang berharap Jack Ma membantunya.

Pada minggu lalu, Jack Ma mengumumkan beliau akan membantu budak lelaki itu sehingga tamat pengajian di universiti.

image image

– Kafebuzz.my

(Foto: People’s Daily, China’s Post – Facebook)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.