Last Updated: 09/06/2018 - 6:07 PM

PENULIS Berpersatuan Untuk Mencipta Hukum Sendiri?

Tidak kira apa jua persatuan yang ditubuhkan matlamatnya sudah tentu memberi kelebihan dan menjaga kebajikan ahli. Dalam industri hiburan tempatan sendiri, pelbagai jenis persatuan diwujudkan yang membawa ideologi masing-masing dalam memperjuangkan nasib ahli.

Ada persatuan gah atas nama dan sejarah penubuhan mencapai sedekad tetapi aktiviti, sumbangan dan perjuangan pada ahli diibaratkan ke laut. Ada juga persatuan yang mendapat dana berjuta ringgit tetapi sekadar glamor dengan aktiviti berbuka puasa dan majlis sumbangan Aidilfitri.

Begitu juga, Persatuan Penulis Lakon Layar Kuala Lumpur dan Selangor (PENULIS) yang kini khabarnya berdepan kemelut dalaman membabitkan pengurusan dan ahlinya. Situasi ini menimbulkan tanya tanya apabila salah seorang ahlinya mengambil keputusan mengundur diri dari persatuan itu.

Mungkin komen ahli itu menyatakan berpersatuan untuk mencipta hukum sendiri memberi jawapan sebenar apa yang berlaku pada PENULIS. Jika benar apa yang dikatakan, apakah PENULIS masih kekal relevan beroperasi atau mungkin cadangan cukup sekadar mendaftar nama penulis skrip bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) tanpa perlunya persatuan.

image

image

image

– Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.

*



スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino