Pawagam Komuniti Kelantan Jadi ‘Beku’ Selepas Kamil ‘Punch Card’ Terakhir

Sebaik Datuk Kamil Othman ‘punch card’ buat kali terakhir sebagai Ketua Pengarah (KP), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) pada Rabu lalu, maka ia secara tidak langsung memberi persoalan pada penggiat seni, apakah hala tuju agensi perfileman itu seterusnya?

Usaha dan perubahan yang dibawa Kamil sepanjang 2 tahun memegang jawatan ‘kerusi panas’ itu seperti penekanan aspek skrip di Content Malaysia Pitching Centre sebelum dana diberikan pada produser serta fokus pada jawatankuasa untuk pemilihan filem tempatan bertanding ke festival filem antarabangsa kini antara kesan ‘pemerintahan’ Kamil sebelum ini.

Namun, di sebalik persoalan siapa bakal KP baru, apa yang membimbangkan segelintir penggiat seni adalah beberapa usaha yang dilakukan Kamil menjadi separuh jalan dan tergantung dari aspek pelaksanaan.

Salah satunya adalah usaha mewujudkan pawagam komuniti untuk masyarakat di Kelantan. Cadangan yang diusul Persatuan Anak-Anak Kelantan Darul Naim sudah di peringkat akhir tetapi ia tergendala apabila tugas Kamil di FINAS sudah tamat.

Timbalan Pengerusi, Biro Penerangan dan Aduan, Persatuan Anak-Anak Kelantan Darul Naim, Wan Syahrul Amry Wan Mansor berkata, FINAS ibarat tekan butang reset dengan situasi penamatan kontrak KP dalam isu pawagam komuniti.

image
“Hanya memerlukan keputusan persefahaman di antara FINAS dan kerajaan negeri Kelantan pawagam komuniti adalah idea yang sangat bernas kerana membolehkan semua generasi mampu menonton wayang, tidak kira miskin atau kaya.

“Ia adalah pendekatan terbaik untuk menggambarkan pawagam adalah sebuah perpustakaan visual dan audio yang bermesej. Di bawah pertadbiran Kamil, idea ini akhirnya dilayan dan hampir untuk direalisasikan.

“Penamatan kontrak beliau bakal membekukan usaha mewujudkan pawagam komuniti. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang membuat keputusan seolah sekali lagi menafikan hak rakyat Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan yang dihantar menerusi WhatsApp kepada Kafebuzz baru-baru ini.

Tambahnya, masyarakat Kelantan yang sering dinafikan hak-hak lain, sekali lagi bakal kecewa dengan usaha untuk mendapatkan kemudahan asas yang tergendala ini.

“FINAS yang merupakan badan yang berkait rapat dengan kerajaan, sekali lagi dilihat tidak peka membela nasib anak seni Kelantan yang terkenal sebagai anak tiri industri,” katanya.

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*