6 Sebab Penonton Jatuh Cinta Tonton Drama Korea, On The Way To The Airport

Kisah percintaan isteri dengan suami orang lain dianggap curang dan kejam pada persepsi masyarakat sebalikya ia suatu yang indah sehingga menjadi percintaan paling bahagia sepertimana dipaparkan watak Seo Do bersama Choi Soo.

Menerusi drama bersiri popular Korea, On The Way To The Airport yang tamat episod akhir kelmarin yang disiarkan di saluran KBS World (saluran Astro 391), dua watak utama ini berjaya membuktikan kekuatan cinta mereka mengatasi segalanya untuk mereka terus bersama.

Seo Do, seorang arkitek yang mahu memulakan hidup baru di Pulau Jeju tidak menyangka bertemu semula dengan kekasihnya, Choi Soo bekas pramugari Airasia yang turut berpindah ke situ. Konflik antara Choi Soo dengan suaminya, Park Jin-Suk seorang juruterbang Airasia yang sering hidup berasingan tetapi menjalinkan hubungan sulit dengan kawan baik isterinya sendiri, Song Mi-Jin membuatkan Chooi Soo mencari kebahagiaan bersama Seo Do.

image

Berikut beberapa faktor drama bersiri ini terbaik dan popular:

1. Gandingan pelakon utama khususnya Seo Do dan Chooi So menunjukkan keserasian pada karakter mereka. Malah, watak lain seperti Park Jin-Suk dan Song Mi-Jin menjadikan plot lebih dramatik.

image

2. Kekuatan skrip pada dialog mempunyai makna tersirat, mendalam dan cukup romantis. Dialog itu juga mempunyai kaitan dengan tindakan watak itu sebelumnya.

image

3. Sinematografi yang sangat indah berlatarbelakangkan lokasi menarik di Korea Selatan memberi nilai tambah pada adegan romantis dan membuai perasaan penonton.

image

4. Tarikan jenama Airasia membawa kisah pramugari dan juruterbang termasuk adegan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan jambatan besi Putrajaya secara tidak langsung mempromosikan Malaysia dan Kuala Lumpur dalam karya luar negara.

5. Nilai seni yang sering dipaparkan dalam drama Korea seperti terselit lukisan dan arca memberi gambaran masyarakat di sana cukup menghargai seni dalam kehidupan.

image

6. Plot mengenai realiti kehidupan pramugari dan juruterbang yang terpaksa berkorban masa bersama keluarga sehingga isteri dan anak kesunyian menjadikan penonton lebih teruja menonton.

image image

image image image image image image image

– Kafebuzz.my

(Foto: On The Way To The Airport – Facebook)

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*