Final Piala Malaysia: Jom Serbu Pentas Kita Juara Bersama 80,000 Penyokong Kedah, Selangor

Stadium Shah Alam sekali lagi menjadi tumpuan ramai pada malam ini apabila 80,000 penyokong Kedah dan Selangor dijangka hadir menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia yang akan disiarkan secara langsung di TV3 jam 8.30 malam ini.

Bagi menambah kehangatan final ini, acara Pentas Kita Juara anjuran TV3 & TV9 turut diadakan di pekarangan Stadium Shah Alam bermula jam 9 pagi sehingga 6.30 petang ini. Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung seperti street soccer selebriti, juara timbang, pertandingan freestyle Kita Juara dan juara 1 Lawan 1 yang terbuka kepada semua, perlawanan bola sepak kain pelikat, dizzy soccer challenge, uttras chanting dan banyak lagi.

Acara kemuncak bagi Pentas Kita Juara adalah Street Soccer 3 lawan 3 #KitaJuara, di mana 10 pasukan dipilih dari seluruh negara menerusi penjelajahan Kanival Jom Heboh (Pahang, Kuala Lumpur dan Kedah) dan Karnival Raudhah Di Hatiku (Kelantan dan Johor) bermula awal tahun lalu.

Pentas Kita Juara ini turut diserikan dengan kehadiran selebriti sukan Akmal Rizal yang juga bekas kapten dan pemain bola sepak negara. Selebriti lain termasuk pelawak Faiz Tapaw, pengacara sukan seperti Alyssa, Anim Ezzati, Aina Suzaily dan Jasmine Chin, penyanyi lagu tema Kita Juara dari kumpulan SOG, Nadzmi Adhwa (hos Jalan Jalan Makan Angin) dan Luqman Hafidz (pelakon Mr Tanda Soal).


Jadi, pada semua penyokong dan orang ramai jom kita meriahkan Pentas Kita Juara pada Ahad ini bermula jam 9 pagi ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.tv3.com.my dan www.tv9.com.my.

Hangatkan perbualan di laman sosial dengan menggunakan hashtag Kita Juara (#KitaJuara). Ikuti juga informasi terbaharu di Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube @TV3Malaysia dan @TV9Malaysia.

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*