Gadis Nasi Lemak RM1 Lebih ‘Cun’ Daripada Gadis Nasi Lemak Anak Dara

Sejak penjual nasi lemak anak dara mendapat perhatian meluas media gara-gara Menteri Besar Selangor turun padang dan kemudian pelakon popular, Zizan Razak juga sanggup datang beli sambil pakai helmet, netizen terus melontarkan pelbagai komen positif dan negatif.

Ada yang berpandangan itu rezeki gadis berusia 24 tahun itu meskipun dia seorang jurutera tetapi masih minat berniaga di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. Bagi segelintir pihak pula berpandangan ramai lagi penjual nasi lemak lain yang lebih daif mencari rezeki tetapi tidak diberi publisiti besar-besaran.

Malah, tidak kurang ada yang beranggapan nasi lemak anak dara itu hanya laris kerana perkataan ‘anak dara’ dan rupa paras gadis penjual itu.

Lebih mencuri tumpuan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri menyebut nasi lemak anak dara ketika ucapan Bajet 2017 di Parlimen semalam.

Najib menasihati orang ramai bersederhana dan berjimat dengan makan di restoran berpatutan dan menyifatkan Malaysia sebagai syurga makanan. Beliau memberi contoh nasi vanggey di Ipoh, Perak dan nasi lemak anak dara yang menjadi viral di media sosial.

Masih menjadi topik hangat di media sosial, seorang lagi gadis yang berniaga nasi lemak menarik perhatian khalayak dan dikongsi pengguna di Facebook.

Menerusi status gadis peniaga itu, dia menjemput orang ramai singgah ke gerainya di hadapan Masjid Jamek Ar Rahimah, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Menariknya, dia menjual nasi lemak pada harga RM1 termasuk 7 menu lain seperti karipap dan pau sambal.

Status gadis itu mendapat 2,600 ‘like’ dan pelbagai komen pengguna. Ada komen yang mengatakan gadis ini lebih cantik berdasarkan foto yang dimuat naiknya dalam status sama.

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*