Kemunculan Dr Vida, Drama ‘Pentas’, Tarikan GV3

Kemunculan Datuk Seri Dr Vida yang masih dalam perbicaraan kes di mahkamah, sebagai penaja diusik pengacara Nabil Ahmad ketika siaran langsung dan aksi ‘drama’ atas pentas bersama pelakon jemputan antara tarikan persembahan minggu pertama program realiti, Gegar Vaganza 3 (GV3), malam tadi.

Pastinya, musim baru program realiti popular yang disiarkan di Astro Ria ini menjadi tumpuan dan ditunggu-tunggu ramai penonton khusus peminat 12 peserta yang bertanding kali ini.

image

Peserta Nora tampil membuat persembahan pembukaan menerusi lagu popularnya, Di Persimpangan Dilema nyata menarik perhatian dua juri tetap, Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim (Khaty) yang memberi komen ia adalah persembahan mantap.

Menambah elemen drama, adegan pelakon Ruminah Sidek bersama Siti Elizad berdialog dalam bahasa Jawa selepas peserta Gime Screen habis membuat persembahan mengamatkan suasana.

image

Persembahan peserta Intan Sarafina dengan lagu Kembali dinilai Khaty sebagai fantastik tetapi Ramli MS pula menyatakan persembahan penyanyi itu lebih bagus ketika latihan. Juri jemputan Datuk Yusof Haslam turut mengakui terpukau dengan persembahan Rem menerusi lagu popularnya, Semua Orang Tahu.

Aksi ‘drama’ pentas turut berlaku pada Intan Sarafina dan Elly Mazlein apabila diusik pelawak Abam Bocey yang membawa bunga dan anak patung beruang.

image

Peserta Zur Eda juga meraih pujian Khaty yang menyamakan kehebatan penyanyi senior itu seperti penghibur antarabangsa, Sade. Persembahan bekas vokalis Umrella, Zarul berjaya menambat minat Yusof Haslam menyatakan perasaan kagum terhadap suara penyanyi itu.

image

Begitu juga, Shidi Data yang muncul dengan lagu Permaisuri dan Ameng menerusi Sejiwa menghiburkan ramai. Kemuncak persembahan menyaksikan kesemua peserta terselamat daripada penyingkiran.

Berikut senarai lagu peserta pada minggu hadapan:

1. Teratai Layu Di Tasik Madu (Fauziah Latif) – Siti Sarah
2. Sinaran (Datuk Sheila Majid) – Azharina
3. Untukmu Selamanya (Visa) – Zarul
4. Setelah Aku Kau Miliki (Shima) – Nora
5. Suratan Atau Kebetulan (Kenny, Remy & Martin) – Rem
6. Meneka Dalam Kesamaran (Ibnor Riza) – Shidi
7. Berpaut Di Dahan Cinta (Dayangku Intan) – Zur Eda
8. Berpisah Jua (Ziana Zain) – Elly Mazlein
9. Januari (Kaer) – Gmie
10. Epilog Cinta Dari Bromley (Suhaimi Mior Hassan) – Ameng
11. Bunga Pujaan (Datuk Jamal Abdillah) – Razis Ismail
12. Pudar (Datuk Rossa) – Intan Sarafina

– Kafebuzz.my

(Foto: sinarfm)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*