Koleksi Nissan GT-R Dipamerkan
1 min read
Memiliki mahupun memandu kereta idaman pastinya memberikan pengalaman yang mengujakan. Namun, jika tidak ianya berbaloi andai dapat melihat sendiri jentera idaman depan mata.
Khusus buat peminat Nissan GT-R, pameran mengenai jentera hebat tersebut kini diadakan di pusat jualan Nissan, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Menariknya, model Nissan Skyline GT-R R34 M-Spec Nur yang hanya mempunyai 250 unit di seluruh dunia turut dipamerkan. Jadi, peminat Nissan GT-R, jangan lepaskan peluang keemasan ini.
– Kafebuzz.my
(Foto: Nissan – Facebook)