Last Updated: 13/08/2020 - 5:33 PM

Mangsa Rogol Daesh Jadi Duta PBB

Berdepan pengalaman ngeri diperkosa beramai-ramai dan diperdagang sebagai hamba seks kumpulan militan Daesh, seorang wanita dari Iraq berjaya melarikan diri  dan kini berkongsi kisahnya bersama masyarakat dunia.

Nadia Murad Basee Taha, 23, dilantik sebagai Duta Muhibah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memperjuangkan nasib mangsa kekejaman Daesh dan penyeludupan manusia.

Dia berkongsi kisah hitamnya yang berlaku dua tahun lalu selepas Daesh menyerbu kampungnya di Kocho, dekat utara bandar Sinjar. Dalam kejadian itu, enam saudara Nadia dibunuh sebelum dia bersama puluhan wanita ditangkap.

“Kami dibawa ke Mosul dan diperkosa serta diperdagangkan berulang kali sebagai hamba seks. Bagaimanapun, saya bertuah kerana berjaya melarikan diri pada November tahun yang sama,” katanya kepada Agensi seperti dilaporkan Sinar Harian.

Nadia yang berjaya menyelematkan diri kemudian pergi ke Stuttgart, Jerman untuk mendapatkan rawatan sebelum menjadi aktivis di Amerika Syarikat bercerita mengenai  jenayah Daesh terhadap wanita Izadi Kurds dan penyeludupan manusia.

Menariknya, Kerajaan Iraq pernah mencalonkan Nadia dalam Hadiah Nobel 2016 dan kelmarin, PBB bagi Dadah dan Jenayah (UNODC) pula melantiknya sebagai duta.

– Kafebuzz.my

 

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino