Last Updated: 27/06/2017 - 2:15 PM

“Saya Bukan Mahu Merentasi Masa” – Pemandu Kereta ‘Back to the Future’ Ditahan Polis

Peminat filem trilogi Hollywood, Back to the Future pastinya mengagumi kehebatan kereta DeLorean yang mempunyai kecanggihan merentasi masa.

Namun, itu semua sekadar cerita dalam filem sebaliknya, seorang pemandu kereta jenis yang sama ditahan polis didakwa memandu laju pada kelajuan 88mph (141 km/jam) dan menariknya, dia memberitahu mahkamah dia bukan cuba merentasi masa.

Nigel Mills, 55, menggunakan kereta tersebut untuk pergi kerja sebelum ditahan polis yang menggunakan alat pengesan kelajuan. Mahkamah majistret Chelmsford kemudian memutuskan tiada bukti atas tuduhan itu.

“Saya didakwa memandu pada kelajuan 89mph dengan DeLorean, bukan suatu yang istimewa berlaku pada kelajuan seperti itu. Sejujurnya, saya bukan mahu merentasi masa. Pada masa itu jam 11 pagi hari Ahad dan keadaan jalan juga lengang,” katanya kepada mahkamah seperti dilaporkan The Telegraph.

Mills membeli DeLorean dalam satu acara lelong pada harga £22,000 (RM102,027) pada tahun 2004 dan dia juga ada ahli Kelab Pemilik DeLorean yang mengambil bahagian dalam pertunjukkan kereta itu sekali atau dua kali setahun.

– Kafebuzz.my

(Foto: Brentwood Gazette/SWNS.com)

Leave a comment

Your email address will not be published.

*



スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino